23 September 2009

Tutorial Buat Brush Photoshop

Wednesday, September 23, 2009 Posted by: aleh 2 comments








Sudah Sekian lama aku tidak buat tutorial photoshop, tiba-tiba pula aku tergerak nak buat tutorial photoshop ni disamping mengupdate blog aku yang sudah lama tidak terupdate. Untuk tutorial kali ini aku akan buat tutorial macam nak buat brush photoshop,mungkin ada dikalangan anda masih tidak tahu anda yang anda boleh mereka sendiri brush anda di photoshop.caranya tak susah senang sahaja.


Step 1:

Pertama sekali kita mesti sudah mempunyai idea bentuk brush macam mana yang kita mahukan. Sekarang ini aku nak buat brush bentuk rama-rama,jadi aku perlu cari gambar rama.aku pon cari la gambar rama-rama kat google. Setelah puas mencari aku berkenan la kat satu gambar dan aku savekn ke dalam PC aku. Aku pilih gambar bawah ini.




Step 2:

Buka photoshop dan open gambar yang anda telah savekan tadi.dan setelah itu anda pergi Image>>adjustment>>threshold dan click.


Setelah anda click pada threshold paparan seperti di atas akan muncul, sekarang ini anda perlu mengunakan butang yang saya bulatkan di atas kekiri atau kekanan untuk mendapatkan image yang sesuai. Setelah mendapatkan image yg sesuai untuk brush anda click ok.Sekarang anda sudah dapat image untuk brush anda.



Step 3:

Untuk langkah langkah kali ini anda akan jadikan image yang anda dapat tadi sebagai brush. Anda pergi ke edit>>define brush preset dan click.


setelah anda click pada define brush preset anda akan dapat seperti paparan dibawah.



Anda boleh menukar nama brush anda ataupun kekalkan apa yang tertulis disitu.dan click ok,maka sudah jadi la brush anda.untuk menguji brush anda, anda boleh aktifkan tool brush anda ataupon tekan button B. dan tukarkan jenis kepada brush yang anda telah reka tadi.



Tahniah anda telah berjaya mereka brush photoshop anda sendiri. Buat latihan dengan pelbagai bentuk berbeza. Dan anda pasti akan dapat buat bentuk brush yang menarik nanti. Aku harap anda semu berpuas hati dengan tutorial ini. Sebarang masalah sila bagi diruangkan comment. Semoga berjaya..


2 comments:

Cubaan said...

adus........syoknya tutorial ni

aleh said...

mmg syok pon..benda senang jerk..
tp ada yg masih tak tau..

Post a Comment

 


2009 Great Target. All rights reserved.
Powered by Beta Templates and Blogger.
Template and Icons by DryIcons.com