Sedar tak sedar da seminggu kita raya,sekejap betul aku rasa. Esok malam dah kena balik penang dah sbb isnin ada kelas. Hari ni aku nak bagi sesuatu macam semalam gak,tp lain sikit la dari semalam, semalam aku bagi brush hari ni aku nak bagi majalah PC tapi bukan bagi bentuk buku la, dalam bentuk ebook @ PDF.
Majalah PC yg aku nak bagi ini adalah special edition Photoshop di mana anda di ajar teknik-teknik didalam-dalam photoshop. Ada lebih kurang 22 tutorial yang akan mengajar anda semua tentang cara dan teknik-teknik menggunakan tool-tool yang ada di dalam photoshop, ia amat berguna pada yang baru belajar photoshop. harap anda dapat memanfaatkan segala apa yang diajar didalam majalah tersebut dan dapat belajar photoshop lebih dalam lagi.
DOWNLOAD SEKARANG
26 September 2009
Majalah PC photoshop special edition
24 September 2009
Smoke brush
pada post sebelum ini aku buat tutorial tentang macam mana nak buat brush photoshop.
pada post kali ini pula aku nak bagi brush pulak kat korang. Brush yang aku nak bagi ni nrush yang berbentuk asap. aku sebenarnya suka kumpul brush banyak-banyak tapi banyak tak guna pon, aku akan bagi koleksi brush aku lagi pada masa akan datang.korang boleh download sekarang click jerk download kat bawah tu.
Download
23 September 2009
Tutorial Buat Brush Photoshop
Sudah Sekian lama aku tidak buat tutorial photoshop, tiba-tiba pula aku tergerak nak buat tutorial photoshop ni disamping mengupdate blog aku yang sudah lama tidak terupdate. Untuk tutorial kali ini aku akan buat tutorial macam nak buat brush photoshop,mungkin ada dikalangan anda masih tidak tahu anda yang anda boleh mereka sendiri brush anda di photoshop.caranya tak susah senang sahaja.
Step 1:
Pertama sekali kita mesti sudah mempunyai idea bentuk brush macam mana yang kita mahukan. Sekarang ini aku nak buat brush bentuk rama-rama,jadi aku perlu cari gambar rama.aku pon cari la gambar rama-rama kat google. Setelah puas mencari aku berkenan la kat satu gambar dan aku savekn ke dalam PC aku. Aku pilih gambar bawah ini.
Step 2:
Buka photoshop dan open gambar yang anda telah savekan tadi.dan setelah itu anda pergi Image>>adjustment>>threshold dan click.
Setelah anda click pada threshold paparan seperti di atas akan muncul, sekarang ini anda perlu mengunakan butang yang saya bulatkan di atas kekiri atau kekanan untuk mendapatkan image yang sesuai. Setelah mendapatkan image yg sesuai untuk brush anda click ok.Sekarang anda sudah dapat image untuk brush anda.
Step 3:
Untuk langkah langkah kali ini anda akan jadikan image yang anda dapat tadi sebagai brush. Anda pergi ke edit>>define brush preset dan click.
setelah anda click pada define brush preset anda akan dapat seperti paparan dibawah.
Anda boleh menukar nama brush anda ataupun kekalkan apa yang tertulis disitu.dan click ok,maka sudah jadi la brush anda.untuk menguji brush anda, anda boleh aktifkan tool brush anda ataupon tekan button B. dan tukarkan jenis kepada brush yang anda telah reka tadi.
Tahniah anda telah berjaya mereka brush photoshop anda sendiri. Buat latihan dengan pelbagai bentuk berbeza. Dan anda pasti akan dapat buat bentuk brush yang menarik nanti. Aku harap anda semu berpuas hati dengan tutorial ini. Sebarang masalah sila bagi diruangkan comment. Semoga berjaya..
30 July 2009
Perlu Fokus.....
Sungguh lama aku tak update blog ni,pergh..berlapok gila aku tengok...
so, daripada aku biarkan blog aku ni berlapok..aku nak share benda best..
jadi dengan suka hati dan gembiranya aku bg korang..100 motivasional wallpaper...
ini merupakan koleksi kegemaran aku..jadi ape tunggu lagi..ambik jerk..benda free ni..
lepas aku akan cube maintainkan blog aku ni...harap-harap la kali ni bukan angan tahi ayam..
aku perlu mengfokuskan Diriku ini...supaya Tak tengok kelain macam pakcik kat atas tu...=)
Ape lagi tunggu Download sekarang..